Friday, August 29, 2008

Lawatan Ke Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat (UMS)

24 Ogos 2008 : Satu lawatan telah diadakan ke UMS (Universiti Malaysia Sabah) di Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat. 33 orang murid Tahun 6 terpilih untuk mengikuti lawatan ini diiringi oleh 8 orang guru. Lawatan ini dicadangkan sendiri oleh Dekan Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat iaitu Dr. Rosalam Sarbatly, yang juga merupakan Yang Dipertua PIBG SK Tobobon.