Monday, June 30, 2008

Minggu Bahasa Inggeris

30 Jun hingga 04 Julai 2008 : Minggu Bahasa Inggeris dianjurkan oleh Panitia Bahasa Inggeris dan bermula pada 30 Jun 2008 hingga 04 Julai 2008. Antara aktiviti yang dijalankan adalah:

30 Jun 2008 : Spelling Competition
1 Julai 2008 : Reading Competition
2 Julai 2008 : Crossword Puzzle (level 2) & Sing and Action Competition (Level 1)
3 Julai 2008 : Kim's Game (Level 2) & Word Maze/Colouring Competition (Level 1)
4 Julai 2008 : Closing Ceremony

Kempen Kesedaran Berdoa

Kempen ini adalah anjuran bersama Panitia Agama Islam, Pusat Sumber Sekolah dan Unit Bimbingan. Kempen bermula pada 30 Jun 2008 hingga 18 Julai 2008. Sasaran adalah murid-murid Tahun 3, 4, 5, dan 6. Senarai doa yang perlu dihafal dan diamalkan adalah:

  • Doa bangun tidur.
  • Doa sebelum tidur.
  • Doa sebelum makan.
  • Doa selepas makan.
  • Doa belajar.
  • Doa masuk tandas.
  • Doa keluar tandas.
  • Doa masuk rumah.
  • Doa keluar rumah.
  • Doa untuk ibu bapa.
MAKSUD AYAT AL-QURAN:
"Berdoalah kepada Ku (Allah) nescaya akan Ku tunaikan segala permintaanmu".


DOA KETIKA BANGUN DARI TIDUR


Maksudnya:
"Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali."

Rujukan Doa-Doa

Wednesday, June 25, 2008

Kajian Bagi Murid-Murid Kelas Pemulihan

Khusus untuk murid-murid kelas pemulihan. Kajian dijalankan oleh UMS.

Ceramah Keselamatan Jalan Raya Bagi Sekolah Rendah

Ceramah berlangsung selama 1 jam di Bilik Kokurikulum SK Tobobon. Murid yang terlibat adalah murid-murid Tahun 6. Objektif utama adalah untuk menyedarkan kepada para murid betapa pentingnya menjaga keselamatan diri semasa di jalan raya, disamping menberikan pendedahan kepada para murid langkah-langkah menjaga keselamatan di jalan raya.

Saturday, June 21, 2008

Menandatangani Buku Rekod Kemajuan Murid

Hari menandatangani Buku Rekod Kemajuan Murid berlangsung (keputusan Peperiksaan Penggal Pertama). Berlangsung dengan lancar, bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Aktiviti-aktiviti terdahulu


Dalam PEMBINAAN