Friday, July 18, 2008

Taklimat dan Penyerahan Peralatan Sekolah KWAPM

18 Julai 2008 : Taklimat KWAPM disampaikan oleh Encik Madelin bin Emik, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid kepada ibu bapa murid yang layak menerima bantuan kerajaan ini. Taklimat disampaikan oleh pihak sekolah agar ibu bapa murid yang terlibat memahami maksud dan tujuan utama kerajaan menyalurkan bantuan tersebut. Selepas taklimat, penyampaian peralatan sekolah kepada ibu bapa dilakukan dikelas murid masing-masing.