Friday, August 29, 2008

Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah diadakan dengan penuh meriah dan semangat patriotik. Semua murid SK Tobobon dan juga semua guru berarak dengan iringan lagu-lagu patriotik sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang. Persembahan bacaan sajak dan Pertandingan Akhir Nyanyian Lagu-Lagu Patriotik juga diadakan.

Tema Hari Kemerdekaan yang ke-51 : PERPADUAN TERAS KEJAYAAN


Majlis Perpisahan Puan Mas Bunsuh Abdullah

Majlis Perpisahan Puan Mas Bunsuh Abdullah

Lawatan Ke Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat (UMS)

24 Ogos 2008 : Satu lawatan telah diadakan ke UMS (Universiti Malaysia Sabah) di Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat. 33 orang murid Tahun 6 terpilih untuk mengikuti lawatan ini diiringi oleh 8 orang guru. Lawatan ini dicadangkan sendiri oleh Dekan Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat iaitu Dr. Rosalam Sarbatly, yang juga merupakan Yang Dipertua PIBG SK Tobobon.


Monday, August 25, 2008

Pertandingan Nyanyian Lagu-Lagu Patriotik

Panitia Muzik menganjurkan Pertandingan Nyanyian Lagu-Lagu Patriotik untuk murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5. Saringan akhir diadakan pada hari ini, 25hb Ogos 2008. Seramai 8 orang telah berjaya keperingkat saringan akhir dan seterusnya 4 orang telah terpilih ke peringkat akhir yang akan diadakan pada 15hb September 2008 (Majlis Penutupan Hari Kebangsaan peringkat sekolah).


Peserta Saringan Akhir

Peserta ke Peringkat Akhir



Thursday, August 7, 2008

Ceramah Tips Menjawab Soalan UPSR

Ceramah "Tips Menjawab Soalan UPSR" untuk murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR (1 bulan 1 hari menjelang tarikh UPSR). 07.08.08 : Bahasa Inggeris, 08.08.08 : Sains, 09.08.08 : Bahasa Melayu, dan 11.08.08 : Matematik. Dijalankan di Bilik Gerakan SK Tobobon.

Saturday, August 2, 2008

Bulan Kemerdekaan

1 Ogos 2008 : Bulan Kemerdekaan mula terasa di SK Tobobon dengan berkibarnya Jalur Gemilang di sekitar kawasan sekolah. Banyak aktiviti telah dirancang sepanjang Bulan Kemerdekaan ini.



Minggu Matematik

28 Julai hingga 1 Ogos merupakan Minggu Matematik.