Sunday, July 20, 2008

Kem Bestari Solat

19 Julai 2008 : Kem Bestari Solat untuk murid-murid tahun 2 berlangsung dari jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang.

Friday, July 18, 2008

Taklimat dan Penyerahan Peralatan Sekolah KWAPM

18 Julai 2008 : Taklimat KWAPM disampaikan oleh Encik Madelin bin Emik, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid kepada ibu bapa murid yang layak menerima bantuan kerajaan ini. Taklimat disampaikan oleh pihak sekolah agar ibu bapa murid yang terlibat memahami maksud dan tujuan utama kerajaan menyalurkan bantuan tersebut. Selepas taklimat, penyampaian peralatan sekolah kepada ibu bapa dilakukan dikelas murid masing-masing.

Penutupan Minggu Bahasa Melayu

Berlangsungnya Majlis Penutupan Minggu Bahasa Melayu SK Tobobon (Minggu Bahasa Melayu - 14 hingga 18 Julai 2008). Antara aktiviti-aktiviti sepanjang minggu adalah pertandingan bercerita, berpidato, menulis karangan, dan teka silang kata.

Thursday, July 17, 2008

Kursus Dalaman BI

Kursus di adakan di Bilik Gerakan SK Tobobon, semua guru Bahasa Inggeris adalah terlibat dalam kursus ini.

Saturday, July 12, 2008

Kursus Pengurusan Rekod Jabatan

12 JULAI 2008 : Semua guru dan kakitangan sokongan SK Tobobon menghadiri 'Kursus Pengurusan Rekod Jabatan' yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah. Kursus ini disampaikan oleh Encik Kasno Paijan, Penolong Pengarah Arkib Negara Malaysia Cawangan Sabah.




Alamat:
Arkib Negara Malaysia Cawangan Sabah,
KM. 4, Jalan Penampang,
Peti Surat 12758,
88830 Kota Kinabalu,
SABAH.

Sunday, July 6, 2008

Perkhemahan Kokurikulum 2008

Berlangsung selama 3 hari 2 malam (4 - 6 Julai 2008) di ODEC UMS.

Thursday, July 3, 2008

Program Kecemerlangan UPSR (Bahasa Inggeris)

Ceramah mengenai cara-cara menjawab soalan-soalan format UPSR dengan betul, mata pelajaran Bahasa Inggeris UPSR. Disampaikan oleh Teacher Irda Ningsih Ramle untuk murid-murid kelas 6K, 6M, dan 6W. Manakala kelas-kelas 6C, 6D, dan 6E disampaikan oleh Sir Marinus @ Martin Giau.